25
Sel, Sep
110 ARTIKEL BARU

SHAH ALAM - Kini tiba masanya untuk Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan tertinggi kepimpinan Umno untuk kaji semula hala tuju parti Melayu itu setelah menjalin hubungan dengan Pas.

Penganalisis Politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood membangkitkan persoalan adakah hala tuju Umno telah berubah selepas mereka menyantuni Pas.

“Adakah hala tuju Umno telah berubah apabila mereka menyantuni Pas? Itu soalan penting untuk Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) Umno kena cari.

“Cari jawapan ini dulu, pelbagai spekulasi wujud. Adakah pemimpin-pemimpin yang keluar Umno akan masuk parti lain? Itu juga amat penting sebagai petunjuk,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kerjasama Umno dan Pas khabarnya memang telah wujud sebelum PRU14 lagi, jadi untuk simpulkan ia menjadi punca mereka meninggalkan Umno mungkin tidak begitu kuat.

“Namun apabila kalah PRU14, BN dan Pas kerjasama dalam tiga siri pilihan raya kecil (PRK) dan terkini Umno berada dalam Muktamar Pas serta kenyataan-kenyataan mengenai kerjasama oleh kedua-dua parti disusuli dengan pemimpin-pemimpin Umno ini keluar, maka ia menunjukkan satu sebab musabab yang agak ketara.

“Sama ada lebih ramai lagi

Baca Selanjutnya: Presiden, MT Umno kena cari punca

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi akan didakwa petang ini, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hari, ini, kenderaan yang membawa beliau dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM kira-kira jam 8.50 pagi untuk ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara untuk dirakam percakapan.

Najib dibawa keluar dengan menaiki kenderaan MPV jenis Alphard berwarna hitam diiringi kenderaan SPRM serta polis dan tiba

Baca Selanjutnya: Najib akan didakwa sekali lagi hari ini

Shahrinnahar Latib
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

DUA lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Kilometer 6, Jalan Ibam, dekat Rompin, hari ini. .

Dalam kejadian 6.50 pagi, mangsa, Muhammad Izad Abin Alias, 27, maut serta-merta di tempat kejadian.

Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Maidi Dahdi, 38, pula meninggal dunia ketika menerima rawatan

Baca Selanjutnya: Pengawal, anggota TUDM maut

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kuala Lumpur: Enjin kereta boleh jahanam berpunca penggunaan alat penapis minyak (oil filter) tiruan.

Ini antara penipuan kebanyakan pemilik bengkel kenderaan dan alat ganti kenderaan yang dikesan menjual alat penapis minyak tiruan diseludup dari luar negara kepada pemilik kenderaan buatan tempatan atau import.

Siasatan pihak pengeluar

Baca Selanjutnya: Produk palsu jahanam kereta

Mohd Zulkifli Zainuddin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

BURUH dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di Kota Bharu, hari ini atas dua tuduhan merogol teman wanitanya berusia 15 tahun, tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin mengenakan hukuman itu selepas Mohamad Irman Ibrahim, 20, mengaku bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut kedua-dua

Baca Selanjutnya: Akibat rogol awek bawah umur...

SEBUAH keluarga di Kampung Wai, Kuala Perlis, di Kangar, berdepan detik cemas selepas ribut menerbangkan bumbung rumah mereka, malam semalam.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Ridzuan Om, 48, berkata, ini adalah kali pertama kejadian berkenaan menimpa keluarganya, walaupun kawasan kampungnya sering dilanda ribut.

“Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, saya sedang berbual bersama rakan di beranda rumah, manakala isteri bersama anak memasak di dapur.

“Angin bertiup kencang dari

Baca Selanjutnya: Mana 'pi' bumbung?

Wartawan NSTP
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kuala Lumpur: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan tuduhan pengubahan wang haram dalam tempoh terdekat selepas siasatan terhadapnya yang bermula dua tahun tahun lalu, dibuka semula.

Difahamkan, pasukan penyiasat sudah melengkapkan siasatan mereka terhadap isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu, baru-baru

Baca Selanjutnya: Beli produk hormon RM1 juta

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori