26
Kha, Apr
940 ARTIKEL BARU

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Malaysia memperoleh penilaian semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak empat kali dalam tempoh masa hanya setahun empat bulan daripada Bank Dunia mencerminkan ekonomi negara berada dalam landasan baik dan semakin pesat.

Perdana Menteri juga menyifatkan kejayaan itu sebagai suatu pengiktirafan kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang memperoleh empat unjuran dalam tempoh masa tersebut.

"Sebagai sebuah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan saya, kita telah mengolah konsep serta falsafah pembangunan dan strategi dan perancangan yang teliti lagi jitu untuk membawa negara ke hadapan sehingga menjadi antara negara paling berjaya di dunia suatu hari nanti."

"Di antaranya, kejayaan menyiapkan projek Transit Aliran Massa (MRT) lebih awal dengan kos di bawah jumlah sebenar manakala pelaksanaan Projek Rel Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan meningkatkan kadar pertumbuhan sebanyak 1.5 peratus," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan dari Bandar Pekan ke Kampung Sungai Miang di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menafikan dakwaan kononnya Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini hanya akan diberikan selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SPAD menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu dan ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undangundang sekiranya perkara tersebut terus disebarkan.

“SPAD juga ingin menjawab segala tohmahan di laman

Baca Selanjutnya...

SERDANG - Mulai 6 April lepas, semua pemandu e-hailing dan kereta sewa diwajibkan melalui syarat dan peraturan sama dengan pemandu teksi bagi mewujudkan persaingan sama rata antara perkhidmatan tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata peraturan tersebut termasuk saringan latar belakang, kesalahan trafik, kesihatan, keperluan latihan dan pemeriksaan kenderaan berkala seperti yang perlu dilalui oleh pemandu teksi.

"Saya sedar bahawa pemandu teksi menghadapi

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Polis Johor menggunakan akta baru diluluskan, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 untuk menyiasat berita palsu mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan beri bantuan di beberapa pasar raya, semalam.

Memetik laporan Berita Harian (BH), TMJ difitnah akan memberi bantuan sehingga RM200 di Pontian dan beberapa daerah lain, malah perkara tersebut menjadi viral di media sosial hingga menyebabkan keadaan kelam kabut di beberapa pasar raya.

Ketua Polis Johor

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima surat penghargaan Masjid Al-Aqsa di atas sokongan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan membela rakyat Palestin dan membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis.

Surat berkenaan disampaikan oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa'eed Sabri kepada Perdana Menteri pada majlis sambutan Israk Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439 Hijrah/2018 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, malam tadii.

Menurut

Baca Selanjutnya...

MANA-mana negara di dalam dunia ini termasuk Malaysia bergerak ke arah mewujudkan Civil Society atau Masyarakat Sivil yang mana sebenarnya telah mula disebut oleh Aristotle sebagai koin?nía politik? ataupun komuniti yang berkongsi nilai dan etika yang sama.

Konsep yang sama turut dibincangkan oleh Cicero, penulis Roman termasuk William of Moerbeke dan Leonardo Bruni yang mana ia merujuk kepada konsep asal yang membentuk idea kepada pengasasan republik.

Civil Society ini diperbincangkan dan

Baca Selanjutnya...

PETALING JAYA – Naib Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim hari ini tampil membuat laporan polis atas dakwaan berita palsu terhadap satu video yang tular di laman sosial kononnya beliau memberi bantuan kepada warga asing bagi meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke – 14 akan datang.

Beliau yang dipercayai bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya, di sini bersama – sama individu warganegara Malaysia yang telah

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori