17
Kha, Ogs
843 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – [KEMASKINI] Abu Dhabi memberikan lanjutan tempoh kepada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyelesaikan hutang bernilai AS$603 juta yang sepatutnya tamat pembayaran pada Selasa lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai berkata pihaknya telah memohon lanjutan tempoh yang telah dipersetujui bersama dan akan membuat pembayaran apabila tiba masanya.

“Kita meminta lanjutan tempoh yang telah mereka persetujui dan apabila tiba masanya (kelak), kita akan membuat pembayaran itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Semakan Harga Rumah Untuk Penjawat Awam, di Bangi hari ini.

Tambah Pengerusi 1MDB itu, syarikat pelaburan negara itu juga akan menandatangani satu lagi perjanjian membabitkan lanjutan tempoh pembayaran kepada IPIC.

"Kita masih berbincang dengan IPIC mengenai jadual pembayaran itu. Kita akan bayar kepada IPIC,” katanya.

Disoal mengenai punca kelewatan pembayaran kepada IPIC, Mohd Irwan dipetik sebagai berkata ianya berpunca dari proses penjualan unit-unit selain keperluan memenuhi beberapa syarat dan sebagainya yang memakan masa.

"Kita

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan program-program pembaharuan yang telah diiktiraf oleh pakar di seluruh dunia, untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan Malaysia meneruskan perjalanannya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk negara walaupun ia sering menjadi cabaran buatnya sebagai perdana menteri.

"Saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya selagi rakyat mahukan saya

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Malaysia telah berjaya memainkan peranan besar sepanjang tempoh 50 tahun penubuhan ASEAN sejak tahun 1967 sehingga organisasi itu kian cemerlang di pentas antarabangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia terus komited kepada ASEAN dan sumbangan berterusan ini telah menjadikan negara kini disegani dan dihormati negara jiran.

"Pendek kata, dalam tempoh 50

Baca Selanjutnya...

KUALA KUBU BAHARU - Kerajaan komited melahirkan lebih ramai Huffaz (golongan penghafaz al-Quran) dan membentuk mereka menjadi pemimpin dan anggota tenaga kerja profesional negara pada masa hadapan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Huffaz harus mempunyai kemahiran profesional dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan dan lain-lain bagi memastikan sasaran melahirkan 25,000 Huffaz seluruh negara menjelang tahun 2050 melalui dasar

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Permohonan dua pemimpin pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar komposisi keanggotaan ahli panel bersidang ditolak oleh Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pengerusinya, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sebagai berkata, beliau berpendapat suruhanjaya itu dibentuk atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berpuas hati

Baca Selanjutnya...

KUANTAN - Kerajaan akan menyiasat jika terdapat umat Islam menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tular di laman media sosial baru-baru ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata siasatan terperinci termasuk penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah perlu kerana perkara itu melibatkan soal akidah umat Islam.

Katanya, bidang kuasa berkaitan akidah umat Islam tertakluk di bawah Enakmen Jenayah

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan pembangkang kononnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan di Malaysia berpunca kegagalan urus tadbir kerajaan dan masalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah satu penipuan.

Perdana menteri berkata ini kerana 160 buah negara lain turut melaksanakan GST termasuk negara-negara maju seperti England, Perancis, Jerman dan Kanada.

"Malah, Arab Saudi, negara pengeluar minyak tertinggi turut memperkenalkan GST seperti

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori