17
Kha, Ogs
843 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengakui pengumuman enam inisiatif khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena perhimpunan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 semalam, lebih banyak memberi manfaat kepada golongan veteran ATM yang tidak berpencen dan veteran kurang upaya.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini, kerajaan perlu perlu memberi keutamaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan seperti golongan tidak berpencen ini.

"Mereka tidak memiliki pendapatan tetap dan tidak mempunyai pencen bulanan apatah lagi menikmati kenaikan pencen tahunan seperti yang diperoleh para veteran berpencen.

"Atas semangat setiakawan dan kesatria yang tertinggi, kita sepatutnya menyokong penuh usaha kerajaan membantu rakan-rakan kita yang tidak berpencen, tambahan pula mereka adalah golongan yang perlu dibantu," kata Hishammuddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Bagaimanapun katanya usaha membela nasib dan kebajikan veteran ATM termasuk yang berpencen, tidak akan terhenti setakat ini sahaja kerana selepas ini banyak lagi inisiatif akan diumum dari semasa ke semasa.

"Pihak kerajaan amat

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA - Bekas Pegawai Khas kepada bekas Pengerusi Felda, Zahid Md Arip direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung?pembelian hotel oleh Felda Investment Cooperation (FIC) di Kuching, Sarawak.?

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.?

Terdahulu suspek tiba di

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - "Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadikan Malaysia berwajah baharu pada 2050," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurutnya, berdasarkan perbincangan pihak kerajaan dengan pelbagai pihak mengenai TN50 setakat ini, gambaran wajah baharu negara itu, ialah kehidupan rakyat yang baik, peluang kerja yang mencukupi, pendapatan rakyat yang tinggi, kualiti hidup setaraf dengan negara maju, tiada lagi gelandangan dan negara bebas rokok.

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam inisiatif untuk para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

Menurut Najib, inisiatif pertama yang disalurkan untuk para veteran ATM tidak berpencen ialah Bantuan Bakti Negara (BBN) yang akan dijadikan sebagai bantuan permulaan daripada kerajaan khas kepada golongan tersebut.

“Inisiatif kedua yang saya ingin umumkan ialah berkaitan penambahbaikan

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London.

Perintah reman sehingga 4 Ogos itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Individu yang berumur 46 tahun itu kini merupakan seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan

Baca Selanjutnya...

SERDANG - Kerajaan menubuhkan pusat panggilan atau Call Center sebagai saluran untuk menghubungkan keluh kesah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Pusat panggilan itu antara ikrar kerajaan untuk terus menjaga kebajikan dan keprihatinan anggota dan veteran ATM yang bergolok gadai menjaga keselamatan tanah air.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keyakinan menjaga kebajikan ATM turut disokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak supaya menghormati undang-undang Islam, termasuk umat Islam yang merupakan pakar undang-undang.

Malah,beliau turut menggesa semua pihak untuk tidak mencampuri hal ehwal agama Islam serta mengelirukan orang ramai.

“Tolong hormati agama kita, kalau kita dikehendaki hormati agama lain. Jangan campur hal ehwal kita, undang-undang kita, hak kita, jangan campur.

“Walaupun yang campur itu

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori