24
Kha, Mei
873 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Malaysia memerlukan Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012 tetapi ia bergantung tentang bagaimana ia ditafsir dan dilaksanakan

Dalam ucapan pertama di khalayak ramai selepas tempoh perkhidmatannya sebagai Peguam Negara berakhir Julai lepas, Abdul Gani berkata akta itu masih diperlukan untuk melindungi negara daripada sebarang ancaman keganasan.

Ketika berucap pada forum bertajuk 'SOSMA - Wolf in Sheeps Clothing', Abdul Gani berkata SOSMA masih digunakan dan harus dipatuhi semua pihak.

Forum anjuran Majlis Peguam itu diadakan di bangunan majlis berkenaan, di sini Selasa malam.

"Keperluan SOSMA terbukti banyak berguna terutama dalam kes Lahad Datu dan siasatan terhadap IS...tidak syak lagi, yang menimbulkan kontroversi sekarang ialah memperluaskan penggunaan akta itu meliputi kesalahan keselamatan lain yang termaktub di bawah jadual baharu akta tersebut," katanya

Abdul Gani berkata beliau tidak dapat bersuara dan mengkritik SOSMA kerana beliau yang menggubal akta berkenaan.

BERNAMA

Ketika era media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) memainkan peranan penting sebagai penghubung, golongan remaja termasuk pelajar mungkin tidak menyedari penulisan dan penyebaran maklumat palsu adalah satu kesalahan. 

Golongan tersebut juga mungkin tidak tahu maklumat yang ditulis dan disebarkan itu memberi kesan buruk dan satu bentuk ancaman baharu kepada negara. 

Menyedari perkara itu, pelajar sekolah perlu didedahkan dengan pengetahuan perundangan sama ada undang-undang  jenayah

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Rancangan licik pembangkang untuk menolak Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui undi tidak percaya akan gagal, malah rancangan jahat pembangkang itu akan terkena pada mereka sendiri melalui undi ‘tidak percaya integriti pembangkang’ ujar Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata sekiranya rakyat Malaysia mengenali siapa DAP, mereka pasti tidak akan menyokong dan memberikan kuasa pemerintahan kepada parti pembangkang

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR:  Penganjur perhimpunan haram BERSIH, Maria Chin Abdullah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan gagal memberi notis dalam tempoh yang ditetapkan, sebelum mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 pada Ogos di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini

Maria didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 di bawah Seksyen 9(5) akta sama jika sabit kesalahan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 tanpa

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata sokongan bukan Islam terutama kaum Cina kepada PAS semakin baik walaupun parti itu diserang hebat oleh parti komponen Pakatan Harapan terutama DAP.

Malah katanya, sokongan rakyat bukan Islam termasuk korporat berbangsa Cina kepada PAS semakin kukuh.

 “Bakaran panas DAP telah sampai ke kemuncaknya. Ia mula mereda. Semakin ramai datang kepada PAS walau masih dalam senyap menyatakan sokongan kepada PAS,” katanya dalam satu

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan pembangkang mempersoalkan intergriti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perbahasan Bajet 2016 dilihat umpama lebih kerak daripada nasi kerana mereka sebenarnya lebih tidak berintergriti.

Beliau berkata tindakan pembangkang itu adalah satu usaha menutup kelemahan mereka sendiri apabila kredibiliti mereka selaku pembangkang kini di tahap rapuh dan boleh dipersoalkan.

“Usaha pembangkang ini dengan sengaja

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pinjaman merupakan sebahagian daripada perniagaan, demikian ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh mengulas mengenai kenyataan dari Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa peminjaman RM42 bilion tidak akan berlaku sekiranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak diwujudkan.

“Jika perniagaan berharga berbilion boleh dilakukan tanpa melakukan pinjaman, maka kita tidak perlu bank. Semua bank boleh ditutup,” tulis Salleh menerusi

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori