24
Ahd, Jun
64 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata waris atau mangsa tragedi kren tumbang di Mekah baru-baru ini yang membabitkan 11 jemaah Malaysia termasuk tujuh yang meninggal dunia boleh membawa insiden berkenaan ke peringkat mahkamah.

Beliau berkata meskipun kerajaan Arab Saudi telah bersetuju untuk membayar sejumlah wang pampasan kepada mereka yang terlibat namun hak untuk membawa kes ke mahkamah adalah tertakluk kepada individu berkenaan.

“Saya rasa ini merupakan hak masing-masing untuk membawa perkara ini kepada pihak berwajib termasuk mahkamah Arab Saudi,” katanya apabila menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary pada sesi soal jawab Dewan Rakyat, hari ini

Ahmad Marzuk dalam soalannya meminta pihak menteri menjelaskan berkenaan insiden berkenaan yang berlaku 11 September lalu di Masjidil Haram ketika musim haji.

Ekoran dari kes itu, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan akan mengagihkan pampasan kepada semua mangsa terlibat di dalam insiden tersebut.

Peruntukan sebanyak RM1.1 juta akan diberikan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan juga mangsa yang mengalami kecacatan kekal.

Manakala bagi

Baca Selanjutnya: #Parlimen : Mangsa Tragedi Kren Tumbang Boleh Bawa Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR - Kerajaan terpaksa membuat keputusan 'sukar', seperti memansuhkan subsidi bahan api dan memperkenal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), bagi membolehkan negara merealisasikan bajet seimbang.

"Seperti sasaran, kita yakin menjayakan bajet seimbang, atau hampir sedekat mungkin, pada 2020," katanya dalam ucapan pada Forum Transformasi Global di sini hari Rabu.

Dalam merealisasikan sasaran itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata beberapa keputusan sukar perlu diambil

Baca Selanjutnya: Keputusan 'Sukar' Untuk Capai Bajet Seimbang- Najib

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dapat membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran tunainya jika pelan rasionalisasi yang sedang dijalankan dapat dilaksanakan tanpa halangan.

1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, menempuh tempoh yang sangat mencabar, termasuk pelbagai siasatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Langkah konkrit sedang dilaksanakan bagi menangani isu-isu ini, termasuk pelan rasionalisasi yang akan menurunkan paras

Baca Selanjutnya: Isu Hutang, Aliran Tunai 1MDB Akan Selesai - PM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) beroleh kebenaran dari pihak berkuasa Thailand untuk menemubual Xavier Andre Justo, bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), yang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kebenaran tersebut menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar diperoleh selepas dihubungi oleh pihak berkuasa negara itu minggu lalu.

“Sekarang ini kita sedang siapkan aturan iaitu bila, di mana dan

Baca Selanjutnya: Polis Diberi Kebenaran Menemubual Justo

KUALA LUMPUR – Masyarakat memainkan peranan penting dalam menangani jenayah di negara, dan tanggungjawab ini perlulah sama-sama dipikul tanpa mengira bangsa dan ideologi politik, demikian kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata masyarakat dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu saling bahu-membahu terutamanya dalam menentang jenayah di tempat awam seperti ragut.

“Sehubungan dengan itu tema sambutan yang dipilih bagi hari polis tahun ini adalah

Baca Selanjutnya: #Parlimen : Kadar Jenayah Dalam Negara Turun – Nur Jazlan

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah (Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman) dan Labuan diramal berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Situasi yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang

Baca Selanjutnya: Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Sabah

SHAH ALAM – Usul undi tidak percaya yang ingin dibawa oleh pakatan pembangkang untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya memalukan diri sendiri apabila akhirnya parti-parti komponen itu bertelagah sesama sendiri.

Penganalisis politik, Datuk Seri Azman Ujang, menyifatkan tindakan PKR dan DAP itu ibarat ‘meludah ke langit’ dan terpercik ke muka sendiri.

"Dalam nak membentangkan usul yang begini penting pun mereka kucar-kacir.

"Macam mereka diibaratkan meludah ke langit

Baca Selanjutnya: Usul Undi Tidak Percaya: PH Malukan Diri Sendiri - Penganalisis

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori