14
Jum, Dis
15 ARTIKEL BARU

Oleh Norhafzan Jaafar & Suhaila Ali
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada peringkat akhir merumuskan cadangan pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebelum diserahkan kepada Jemaah Menteri.

Kabinet akan berbincang dan memutuskan sama ada cadangan itu akan dibentangkan dalam sidang Parlimen bermula pertengahan bulan depan.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata jawatankuasa khas ditubuhkan kementerian itu sudah mengadakan siri mesyuarat bagi mengkaji kebaikan dan kelemahan memansuhkan akta berkenaan.

“Kami sedang mengumpulkan pandangan yang dibangkitkan pelbagai pihak seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Majlis Peguam Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain, sebelum rumusannya dibawa dan diputuskan pada peringkat Kabinet.

“Jawatankuasa khas yang dipengerusikan saya sendiri ini menyasarkan tempoh tiga bulan bagi membolehkan rumusan akhir diserahkan sebelum sebarang keputusan pindaan dibuat oleh kerajaan,” katanya di sini, hari ini.

SOSMA digubal bertujuan membendung

Baca Selanjutnya: Jemaah Menteri putuskan mansuh SOSMA

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA: Kerajaan berpendirian bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan pada tahun lalu, adalah sah dan berperlembagaan.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, berkata persoalan rujukan dikemukakan Badan

Baca Selanjutnya: Pelantikan Raus dan Zulkefli sah

Rohana Wahed, Astro Awani

SRI AMAN: Sebuah rumah panjang 24 pintu di Jalan Stumbin di sini musnah dalam satu kebakaran pada petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.46 petang.

“Dua jentera bomba dan dua ambulans EMRS dengan kekuatan 17 anggota segera digerakkan ke lokasi dari Balai Sri Aman dan Betong.

“Sejurus tiba di lokasi 24 minit kemudian, pasukan operasi melaporkan kebakaran melibatkan

Baca Selanjutnya: Kebakaran di rumah panjang, 47 tinggal sehelai sepinggang

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd Datuk Zakaria Arshad telah digantung daripada tugasnya selepas satu notis siasatan dihantar kepada beliau.

Lembaga Pengarah mengeluarkan notis itu selepas memuktamadkan siasatan dalaman terhadap 10 isu kritikal yang membawa kepada kerugian kewangan FGV dan pemegang sahamnya.

"Susulan notis siasatan itu, kuasa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang diberikan kepadanya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai

Baca Selanjutnya: FGV gantung tugas CEO, dagangan saham digantung sementara

KUALA LUMPUR: Bintang realiti televisyen terkenal, Kim Kardashian, kini merupakan selebriti terbaru yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low, yang sedang diburu polis.

Menurut laporan antarabangsa, Jho Low pernah menghadiahkan sebuah kereta Ferrari putih kepada Kim dan pemain bola keranjang, Kris Humphries, sebagai hadiah perkahwinan mereka pada 2011.

Kereta tersebut dilaporkan bernilai AS$325,000 (sekitar RM1.3 juta).

Menurut laporan, Jho Low hadir di majlis

Baca Selanjutnya: Jho Low hadiahkan Kim Kardashian Ferrari bernilai RM1.3 juta

Dania Zainuddin, Astro Awani 

KUALA LUMPUR: Sejumlah 64 individu termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Nooryana Najwa telah dirakam percakapan kerana menerima wang dalam transaksi yang kini dalam proses siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim juga mengesahkan sejumlah daripada individu ini adalah terdiri daripada ahli politik.

Jelasnya, sebanyak 132 transaksi penggubahan wang haram ini telah dikenal

Baca Selanjutnya: 1MDB: RM2.973 bilion masuk ke akaun Najib - Polis

Dziyaul Afnan Abdul Rahman
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa rogol bergilir-gilir empat lelaki di rumah di Taman Bersatu, Arau pada 2 September lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa hadir ke balai polis bagi membuat laporan semalam selepas gurunya memaklumkan perkara berkenaan kepada ibu bapanya.

"Dalam

Baca Selanjutnya: Gilir-gilir 'ratah' budak 11 tahun

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.