25
Sab, Nov
948 ARTIKEL BARU

KUANTAN - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Shariff berkata kira-kira RM10.21 juta diperuntukkan untuk bayaran bantuan wang ihsan tabung bencana agro makanan kepada usahawan tani di negeri ini yang terlibat dengan bencana banjir tahun lalu.

Menurut beliau, daripada jumlah itu sebanyak RM2.28 juta diperuntukan bagi bantuan komoditi padi, RM501,039 (sayuran), RM829,035 (buah-buahan), RM1.03 juta (akuakultur), RM5.51 juta (ternakan) dan RM58,000 (industri asas tani).

Katanya, jumlah usahawan tani di negeri ini yang menerima bantuan itu adalah ketiga tertinggi selepas Kelantan dan Terengganu.

“Pemberian bantuan ihsan tabung bencana agro makanan ini bukti kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) prihatin dengan nasib yang menimpa para usahawan tani ketika ditimpa bencana.

“Diharap dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dan kerugian yang ditanggung para usahawan selain dapat digunakan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Wang Ihsan Tabung Bantuan Bencana Agro Makanan

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA -- Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman. Berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji hak Sabah menerima 40 peratus daripada hasil bersih yang dipungut Kerajaan Persekutuann daripada negeri itu.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga akan mengkaji secara terperinci beberapa isu lain, terutama hak kewangan daripada royalti minyak dan gas, yang kali terakhir dibayar kepada negeri itu pada 1974.

Anifah, yang

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA - Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa satu laporan polis telah dibuat hari ini oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report (SR), Claire Rewcastle Brown.

Beliau berkata laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri pada Selasa memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pihak.

Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata ini penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur asing selain menjadi antara kerajaan paling efisien.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita baru-baru ini bahawa Malaysia kini merupakan destinasi keenam paling menarik bagi pelabur asing, selain menduduki tempat kelapan

Baca Selanjutnya...

Pendedahan media Australia menfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam mengambil rasuah pemberian kontrak percetakan wang polimer Malaysia sangatlah mengarut.

Hal ini kerana, dakwaan Fairfax Media bahawa bekas ahli politik pernah menulis emel kepada RBA pada 2007 menyatakan beliau “managed to personally convince my Prime Minister/Finance Minister, Tun Abdullah Badawi and the Malaysian cabinet to accept and adopt the polymer bank note technology (Saya berjaya meyakinkan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Polis dilaporkan menahan hampir 30 orang peniaga Plaza Low Yatt sebagai sebahagian siasatan terhadap insiden pergaduhan Sabtu dan Ahad lalu dakwa Ketua Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bukit Bintang, See Foo Hong

“Empat individu yang bekerja sebagai jurujual telefon bimbit berusia antara 19 dan 29 tahun turut ditahan di plaza berkenaan pada 4 petang tadi. Keempat-empat suspek terlibat dalam rusuhan,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai telefon bimbit yang dikenali sebagai

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri berharap sifat kasih sayang dan bermuafakat yang tersuntik di dalam bulan Ramadan ini dapat dikekalkan pada bulan-bulan yang lain.

Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata Ramadan juga adalah waktu untuk menghargai masa bersama keluarga dan rakan-rakan selain mendidik jiwa, dan bukan hanya menahan lapar semata-mata.

"Saya selalu melihat dan merasakan kemeriahan hidup bermasyarakat baik di kampung dan bandar.

Harapan saya moga sifat kasih sayang dan bermuafakat ini

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.