22
Ahd, Apr
938 ARTIKEL BARU

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menjalankan siasatan dan tidak bertindak di atas arahan mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PRDM yang memanggil pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan selain merampas beberapa dokumen dan peralatan elektronik milik badan bebas rasuah itu.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis hanya menjalankan tugas dan tidak sama sekali bertindak di atas apa jua bentuk tekanan atau arahan dari mana-mana pihak.

“Kami jelas dalam hala tuju siasatannya ke atas kes di mana dokumen rasmi kerajaan dan perbankan yang dibocorkan, telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu-gugat kestabilan negara,” jelas beliau menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas mengenai siasatan yang sedang berlangsung, Khalid berkata, hasil siasatan itu akan dikemukakan kepada peguam negara untuk arahan lanjut.

“Umum harus faham bahawa setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan sesuatu siasatan. Namun ia tetap selari dengan tujuan asal iaitu untuk mencari

Baca Selanjutnya...

Reaksi yang diberikan oleh Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin, ekoran penahanan anggota SPRM yang difahamkan terlibat di dalam kebocoran maklumat berhubung penyiasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang dilaporkan portal pro pembangkang adalah agak mengejutkan.

“Demi Allah, saya akan mencari dalang-dalang yang mengarahkan penahanan ini hingga ke lubang cacing”; begitulah lontaran emosi yang berbaur amarah dari seorang yang

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada pesawat penerbangan MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media tergempar awal pagi Khamis di sini.

"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan memfailkan permohonan untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan satu lagi dalam saman fitnah berhubung isu subsidi minyak.

Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili perdana menteri dan datin seri memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes disebut hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman.

Prosiding dalam

Baca Selanjutnya...

BERA - Bapa kepada salah seorang mangsa pesawat MH370, Selamat Omar, 62, terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan penemuan 'flaperon' di Pulau Reunion, adalah sah milik pesawat malang itu. 

Menurut beliau, penemuan itu adalah di luar jangkaan kerana lokasi flaperon itu dari kedudukan sebenar pesawat itu disahkan terhempas iaitu di Selatan Lautan Hindi lebih setahun lalu adalah terlalu jauh.

"Ini memang di luar jangkaan, sebab ia terlalu jauh dari

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menegaskan bahawa badan itu telah mendapat penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah namun tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang menyalurkan wang RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Bagaimanapun SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil
Baca Selanjutnya...

PHNOM PENH - Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Tun Musa Hitam menyampaikan jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Sen, untuk menghadiri WIEF ke-11 yang akan berlangsung di Malaysia pada November.

Jemputan itu dibuat semasa kunjungan hormat bekas timbalan perdana menteri itu ke atas Hun Sen.

Musa diiringi Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Raszlan Abdul Rashid serta Setiausaha Agung WIEF Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori