18
Kha, Okt
51 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Kea­daan di Plaza Low Yat di sini tegang apabila dua kumpulan pemuda bertindak merusuh di kawasan pusat beli belah berkenaan malam ini.

Mereka yang dianggarkan lebih 200 orang tidak mengendahkan nasihat polis yang berkawal di situ agar bersurai sebelum bertindak ganas. ?Dalam kejadian pada pukul 12.05 tengah malam itu, dua kumpulan berkenaan saling membaling topi keledar dan turut bertindak memukul seorang jurugambar manakala seorang wartawan yang cuba membantu juga menerima nasib sama.

Beberapa jam sebelum ke­tegangan itu berlaku, sekumpulan kira-kira 100 orang yang diketuai oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di pusat beli belah itu kira-kira pukul 6.30 petang.

Perhimpunan itu yang berlarutan sehingga 8.30 malam adalah susulan kekecohan yang berlaku semalam dan didakwa bertujuan membantah penipuan penjualan telefon bimbit di salah sebuah kedai di situ.

Polis yang telah bersiap sedia di situ dapat mengawal keadaan dan berjaya menyuraikan kumpulan tersebut yang masuk ke dalam pusat beli-belah tersebut.

Sementara itu, berdasarkan komen-komen di media sosial, kekecohan semalam didakwa bermula apabila seorang pemuda datang ke salah sebuah kedai

Baca Selanjutnya: Polis Nafi Pergaduhan Di Low Yat Libatkan Isu Perkauman

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia mengecam sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pegawai-pegawai Bank telah membocorkan maklumat kepada pihak media

Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali, sehubungan dengan itu, pihak Bank telah bertindak membuat laporan polis, jelas Bank Negara dalam satu kenyataan media hari ini.

Bank Negara Malaysia turut bertekad akan terus berusaha mencari kebenaran dengan cara yang adil dan saksama

“Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, pihak Bank tidak menyebelahi

Baca Selanjutnya: Bank Negara Malaysia Kecam Fitnah Pegawainya Berkhianat.

PEKAN - Perdana Menteri hari ini mengagihkan sumbangan zakat kepada 5,981 penerima terdiri daripada golongan asnaf, warga emas, golongan kurang upaya (OKU), dan ibu tunggal di Parlimen Pekan.

Sebelum itu, dalam majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen di sini Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Anggota Parlimen Pekan, turut menerima sumbangan zakat lebih RM1 juta yang disampaikan lapan badan korporat dan seorang ahli perniagaan.

Kesemua zakat berkenaan diterima daripada Bank Kerjasama Rakyat

Baca Selanjutnya: PM Agih Bantuan Zakat Kepada 5,981 Penerima Di Pekan

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula hari ini akan berhenti di 15 hentian. Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar.
 
Kenyataan itu berkata harga tiket sehala dari Kuala
Baca Selanjutnya: Perkhidmatan ETS KL ke Padang Besar Mula Beroperasi

BERA : Penjawat awam digesa memainkan peranan sebagai benteng untuk mempertahankan kerajaan daripada cubaan pihak tertentu yang mahu menggugat ekonomi dan pembangunan negara dengan melemparkan fitnah termasuk di laman media sosial.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penjawat awam juga seharusnya menyimpan semua rahsia rasmi kerajaan dengan sebaik-baiknya agar tidak bocor kepada petualang berkenaan.

“Kakitangan kerajaan juga perlu rasional dan prihatin dalam

Baca Selanjutnya: Jangan Bocor Rahsia Kerajaan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan bertindak sedemikian bagi membalas dendam.
 
Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai berkenaan selain dari merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000.
 
Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca daripada tidak puas hati
Baca Selanjutnya: Pergaduhan di Plaza Low Yatt

KUALA LUMPUR -  1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menyuarakan kebimbangan dan kekecewaannya ke atas beberapa fitnah dalam akhbar harian yang berasaskan pendapat 'penyiasat' yang tidak dinamakan, dengan merujuk kepada transaksi tertentu yang dijalankan oleh syarikat itu.

Dalam satu kenyataan ia berkata, 1MDB kesal dengan pendapat yang tidak berasas ini, yang didakwa sebagai betul. dalam laporan berita, ketika pelbagai pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas syarikat itu dan belum

Baca Selanjutnya: 1MDB Kesal Atas Fitnah Mengenai Transaksinya

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.