18
Jum, Jan
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Khas telah membekuan enam akaun bank pihak yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak AS$700 juta pada Isnin.

Pembekuan tersebut ekoran siasatan laporan fitnah oleh The Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyalurkan dana 1MDB ke akaun bank peribadi beliau.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

Menurut beliau lagi, Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

“Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.” Jelas beliau dalam sidang media hari ini bagi memberitahu kemajuan siasatan.

Pasukan Petugas Khas itu turut dianggotai oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya

Baca Selanjutnya: 1MDB: Pasukan Petugas Khas Beku Enam Akaun Bank

SARAWAK Report (SR) hari ini dipercayai telah melancarkan DDoS Attack ke atas portalnya sendiri bagi menghapuskan segala bukti sekiranya tindakan undang-undang diambil keatas mereka.

Apa itu DDoS attack? Distributed Denial-of-Service Attack (DDoS Attack) atau serangan DDoS adalah satu percubaan untuk menjadikan sumber komputer 'tidak tersedia (tidak berfungsi seperti biasa) ' untuk penggunanya.

Dengan kaedah serangan DoS, permintaan (request) dihantar merentasi rangkaian dari sudut serangan

Baca Selanjutnya: SR Godam Laman Web Sendiri?

George Town – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata pihak mereka  bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang daripada PAS di negeri itu.

Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri itu sudah bersedia dan akan menunggu surat daripada peguam PAS.

“Ia adalah hak mereka untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang,” kata Guan Eng pada sidang media di sini.

PAS mengarahkan peguamnya untuk mengkaji sekiranya tindakan undang-undang boleh diambil bagi mempertahankan maruah wakil

Baca Selanjutnya: Kerajaan P. Pinang sedia berdepan tindakan undang-undang PAS - Lim Guan Eng

BALIK PULAU - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menyifatkan fitnah The Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan suatu konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selepas penangkapan warga Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo bulan lepas, maka terdedah bahawa ada pihak yang melakukan

Baca Selanjutnya: Fitnah WSJ Konspirasi Untuk Jatuhkan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dinasihat memperbetulkan perpecahan pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum berhasrat mengadakan pertemuan tergempar bersama dengan semua Ahli Parlimen bagi membincangkan hala tuju politik negara hari ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, hasrat Wan Azizah untuk berbincang mengenai tuduhan-tuduhan liar oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri

Baca Selanjutnya: Wan Azizah Patut Betulkan ‘Rumah’ Sendiri Dahulu

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Rafizi Ramli yang mengaitkan anggota Pemuda UMNO dalam fitnah pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Apa logik yang Rafizi pakai? Contohnya A kenal B, B buat satu kesalahan yang tidak ada kaitan dengan A langsung tetapi oleh kerana A kenal B, dia pun tiba-tiba salah,” katanya ketika ditemui media di Majlis Berbuka Puasa Pemuda Barisan Nasional (BN), di

Baca Selanjutnya: Skandal MARA: Rafizi Amal Budaya Politik Bodoh - KJ

JERTIH : Perdana Menteri meminta rakyat bertenang dan jangan bimbang dengan isu yang digembar-gemburkan oleh media asing membabitkan kepemimpinannya.

Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kebenaran akan terbukti juga akhirnya.

“Saya sebagai Perdana Menteri tidak akan mengkhianati rakyat dulu dan sekarang. Saya berterima kasih kepada seluruh kepemimpinan UMNO yang berdiri teguh memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya.

“Malah, saya berterima kasih kepada seorang pemimpin PAS, yang

Baca Selanjutnya: PM Jamin Kebenaran Akan Terbukti

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori