17
Sel, Okt
781 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa keputusan tidak membenarkan 'Better Beer Festival 2017' diadakan adalah kerana ia menerima maklumat wujud perancangan untuk mensabotaj majlis itu jika ia diteruskan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keputusan untuk tidak membenarkannya bukan sesekali dibuat atas sebab dirasakan ada ancaman.

Beliau berkata penganjuran festival yang sama pada tahun-tahun sebelumnya, tidak pernah disekat kerana tidak wujud maklumat mengenai ancaman sedemikian sebelum ini.

"Tidak ada sangkut-paut dengan sensitivi keagamaan, perkauman ataupun desakan politik. PDRM tidak akan sesekali tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak yang mahu agar maklumat keselamatan didedahkan, khususnya dari mereka yang daif tentang keperluan menjaga kerahsiaan operasi," katanya dalam kenyataan.

Tidak menyatakan secara jelas bentuk ancaman yang diterima, Mohamad Fuzi berkata, semua pihak juga harus faham usaha memerangi ancaman militan bukan sesuatu yang mudah.

"Kuasa besar dunia yang memiliki kecanggihan teknologi sekali pun gagal menyekat negara mereka daripada terus menjadi sasaran militan.

"Apa yang jelas, tindakan pencegahan

Baca Selanjutnya...

SINGAPURA - Satu rang undang-undang untuk menyokong pembinaan dan pengurusan dua hubungan kereta api masa depan antara Singapura dan Malaysia dibentang di Parlimen hari ni, lapor The Straits Times.

Laporan itu berkata, Rang Undang-Undang Keretapi Rentas Sempadan itu antara lain akan memberi lesen kepada pengendali bagi menjalankan perkhidmatan kereta api dan menyelenggara aset kereta api, pelantikan juruaudit keselamatan bebas serta pembiayaan untuk pembinaan projek.

Ia juga akan memberi

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 90 badan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai negara hari ini sepakat menuntut agar tindakan tegas segera diambil terhadap Myanmar berhubung isu Rohingya termasuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara itu.

Pada Mesyuarat Strategi NGO Serantau 2017 Berhubung Isu Rohingya di sini, NGO-NGO berkenaan turut mahukan semua negara anggota ASEAN mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar yang dilihat berterusan melakukan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Pengerusi

Baca Selanjutnya...

IPOH - Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, mangkat pada jam 5.07 petang tadi.

Baginda mangkat pada usia 75 tahun.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, melalui kenyataan teks perisytiharan kemangkatan yang dikeluarkan pihak Pejabat Menteri Besar di sini sebentar tadi.

"Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani Raja

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Satu garis panduan (SOP) yang komprehensif bagi mengendalikan kes perundangan membabitkan kanak-kanak dengan cara yang profesiona sedang dirangka kerajaan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata ianya penting bagi memastikan mangsa dan keluarga tidak mengalami trauma psikologi, fizikal dan emosi.

“Jawatankuasa ini terdiri daripada jabatan dan agensi berkaitan seperti Majlis Peguam, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam sidang video

Baca Selanjutnya...

LONDON - Warga Malaysia yang berhijrah ke luar negara boleh menyumbang kepada kemajuan negara, khususnya sebagai ejen rangkaian teknologi serta perniagaan baharu buat Malaysia. 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin golongan profesional yang berhijrah masih sayangkan Malaysia dan pihak kerajaan akan sentiasa berhubung serta bekerjasama dengan mereka untuk memberikan yang terbaik kepada negara.

“Mereka berhijrah atas pelbagai sebab seperti mendapat peluang berbeza

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia teguh bersatu bersama rakyat Amerika berikutan kejadian tembakan di konsert Las Vegas pada malam Ahad yang menyebabkan sekurang-kurangnya 59 maut dan lebih 500 cedera.

Beliau melahirkan kesedihan itu terhadap insiden yang dilaporkan sebagai kejadian serangan tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

"Sedih dengan keganasan buruk di Las Vegas. Ingatan dan doa kami bersama mereka yang kehilangan orang

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori