18
Jum, Jan
0 ARTIKEL BARU

Putrajaya, 26 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan berita berkenaan penarikan balik Sijil Halal daripada syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd yang sedang tersebar luas di media sosial.

Dalam satu kenyataan media, JAKIM menjelaskan, tindakan itu dilakukan kerana 'kesalahan-kesalahan kebersihan serius' dan bukannya disebabkan penggunaan bahan-bahan haram dalam pemprosesan makanan.

"Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat tersebut adalah disebabkan telah berlaku pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius.

"Penarikan ini walau bagaimana pun adalah tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk", kenyataan itu dipetik.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hajah Hakimah Mohd Yusoff yang bertarikh 26 Mei 2015 itu menyebut, penarikan SIjil Halal daripada syarikat tersebut berkuasa pada 7 Mei 2015.

Walau bagaimana pun, jelas kenyataan itu lagi, syarikat terbabit boleh memohon semula Sijil Halal JAKIM setelah tindakan pembetulan dilakukan dan mematuhi piawaian pensijilan

Baca Selanjutnya: JAKIM Sahkan Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Jumlah pesalah trafik dengan waran tangkap yang menyerah diri sejak Ops Warta dilancarkan 19 Mei lepas, mencecah 8,946 orang setakat Selasa, lapor Bernama hari ini. Menurut laporan cawangan trafik Bukit Aman, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,267 orang, diikuti Johor dengan 1,979 sehingga kini. Setakat hari ini, sejumlah 1,790 pesalah trafik di seluruh negara ditahan setelah gagal menyelesaikan waran tangkap mereka, dan daripada jumlah itu, 528 orang akan

Baca Selanjutnya: Ops Warta: Lebih 8,000 Pesalah Trafik Serah Diri

KOTA SAMARAHAN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah bersedia untuk menempatkan pelarian Rohingya di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah sekiranya diarahkan kerajaan.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Datuk Mustafa Ibrahim, berkata setakat ini pihaknya masih belum mendapat sebarang arahan di mana pelarian terbabit akan ditempatkan sama ada di depot tahanan atau pusat penempatan sementara yang lain.

"Sekiranya JIM diarah untuk membantu ...berdasarkan faktor-faktor kemanusiaan, insya-Allah

Baca Selanjutnya: IMIGRESEN SEDIA BANTU TEMPATKAN PELARIAN ROHINGYA

A. Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bertemakan:

"Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat"

Bermaksud Pembangunan negara dari pelbagai sudut samada ekonomi, sosial, fizikal, pendidikan dan sebagaikan mengambil sudut pandang rakyat dan kesejahteraan rakyat. Sejajar dengan 1Malaysia yang bertemakan Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan.

"Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat" juga mengambilkira:

1. Rakyat tonggak negara

2. Menyiapsiagakan rakyat untuk masa depan

3. Menentukan segenap lapisan rakyat menikmati

Baca Selanjutnya: #RMK11 Versi Cerita Mudah

KUCHING - Penduduk di Serian dan Betong yang memerlukan perkhidmatan dari Jabatan Imigresen Malaysia tidak perlu pergi ke bandar ekoran dua pejabat baharu akan ditubuhkan di situ dalam masa terdekat ini.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Mustafa Ibrahim berkata, dua pejabat baharu bagi memudahkan penduduk di kawasan luar bandar mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan itu.

“Kita kini sedang berusaha untuk menubuhkan dua buah pejabat baharu di Betong dan Serian bagi memudahkan

Baca Selanjutnya: PEJABAT IMIGRESEN AKAN DIWUJUD DI SERIAN DAN BETONG

KOTA BHARU - Seorang pesara tentera, Murad Mohd Kassim, 45, mencipta rekod baru dayungan kayak secara solo sejauh 2,200 kilometer (km) mengelilingi Semenanjung Malaysia dalam tempoh 52 hari.

Beliau yang tiba bersama kayaknya yang dinamakan 'Abd Rahman' di jeti tambatan Diraja, di sini petang tadi disambut oleh Penasihat Kelab Ekspedisi 7 Benua (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof.

Bercerita mengenai cabaran getir yang dialaminya, Murad berkata pengalaman berhadapan dengan penyeludup dan tekong

Baca Selanjutnya: PESARA TENTERA BERKAYAK MENGELILINGI SEMENANJUNG MALAYSIA

Berikut ialah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini:
Tema : Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.
  1. Rancangan 5 tahun memperkukuh komitmen kerajaan terhadap rakyat dan  keyakinan bahawa pertumbuhan tidak boleh diukur dengan kejayaan ekonomi semata-mata;
  2. Rancangan memperakui kesejahteraan rakyat, dan komitmen untuk pertumbuhan inklusif dan mampan, perlu sebagai sebuah negara maju;
  3. Ekonomi
Baca Selanjutnya: Intipati Pembentangan #RMK11

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori