12
Sel, Dis
884 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkanpengeluaran serta sumbangan kepada ekonomi sekurang-kurangnya sebanyak lapan peratus, dalam usaha mencapai sasaran sumbangan 41 peratus kepada ekonomi menjelang 2020, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu melaksanakan transformasi ke atas PKS memandangkan sektor itu akan menjadi pemacu ekonomi dari segi mewujudkan kekayaan dan peluang pekerjaan.

Setakat ini, sumbangan PKS kepada ekonomi adalah sebanyak 36.9 peratus.

"Saya tidak mahu PKS berada di tahap yang lama. Kita mahu PKS ditransformasikan dan atas faktor itulah mengapa kita menyediakan peruntukan terbesar iaitu RM22.2 bilion (dalam Bajet 2018).

"Saya mahu PKS menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan perluasan, pemula niaga, eksport dan automasi bagi Revolusi Perindustrian 4.0," katanya semasa sesi 'town-hall' sempena perasmian Persidangan PKS dan Pameran Tahunan PKS 2017 di sini, hari ini.

Sesi itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib berkata, beliau tidak begitu

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkanpengeluaran serta sumbangan kepada ekonomi sekurang-kurangnya sebanyak lapan peratus, dalam usaha mencapai sasaran sumbangan 41 peratus kepada ekonomi menjelang 2020, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu melaksanakan transformasi ke atas PKS memandangkan sektor itu akan menjadi pemacu ekonomi dari segi mewujudkan kekayaan dan peluang pekerjaan.

Setakat ini, sumbangan PKS kepada ekonomi

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan diumumkan pada 23 Nov ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Kementerian Pendidikan berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari berkenaan.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 melalui mySMS 15888

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 23 Nov dan akan ditamatkan pada 6 petang pada 29 Nov,"

Baca Selanjutnya...

GEORGE TOWN - Empat dipercayai sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah jenis kluster dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld, di sini awal pagi ini.

Tiga mayat terdiri daripada dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan ditemukan di ruang tamu manakala seorang kanak-kanak lelaki di bahagian atas rumah itu.

Semua mangsa berusia lapan hingga 62 tahun, namun identiti masih belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba Lebuh Pantai, Mohd Rozairi

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia sangat rendah, kata Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Noordin Ahmad.

Beliau berkata berdasarkan keluasan negara iaitu 329, 960.22km², kebarangkalian untuk Malaysia menjadi tempat jatuhnya serpihan hanyalah 0.09% dan kebarangkalian untuk Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65km² pula adalah kira-kira 0.0000699% sahaja.

“Berdasarkan kiraan, luas kawasan dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah

Baca Selanjutnya...

IPOH - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran untuk menarik balik lesen pengusaha hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita Islam memakai tudung semasa bertugas, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata dasar melarang pekerja wanita Islam memakai tudung adalah bertentangan dengan perlembagaan negara dan hak asasi yang diperjuangkan di peringkat antarabangsa.

"Jika benar ada aduan ini saya sarankan supaya PBT menarik balik lesen yang

Baca Selanjutnya...

MANILA - Kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) membabitkan 16 negara, dijangka dapat dimeterai pada November 2018 semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Singapura setelah dua tarikh akhir gagal dipenuhi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata para pemimpin yang bertemu buat julung kalinya semasa Sidang Kemuncak RCEP di sini hari ini sepakat untuk menjalankan rundingan secara intensif bagi mencari kata sepakat dan mengurangkan jurang, dengan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori