17
Kha, Ogs
843 ARTIKEL BARU

GEORGE TOWN - Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran “Negara Bebas Asap Rokok” menjelang 2045 berikutan kerjasama dan strategi pelaksanaan inisiatif bebas asap rokok yang diperkukuhkan bersama negara Asean.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata antara kerjasama dan strategi itu adalah menggiatkan usaha memperkasa dan promosi kesihatan secara menyeluruh bagi membantu perokok menghentikan tabiat tidak sihat itu.

“Rokok atau tembakau adalah ancaman terbesar dan faktor risiko utama penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menyumbang lebih setengah juta kematian di rantau ASEAN setiap tahun.

“Sebab itu, Malaysia dan negara ASEAN lain bekerjasama dan berkongsi pendapat memastikan negara masing-masing bebas asap rokok. Saya juga percaya Malaysia mampu capai sasaran itu pada 2045,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Serantau Bandar Raya Bebas Asap Rokok Ke-5 dan Sidang Kemuncak Pemimpin Bebas Asap Rokok hari ini.

Lebih 100 peserta dari negara ASEAN, China, Pakistan dan Mongolia menyertai bengkel 3 hari bermula semalam.

Turut hadir Pengerusi South East Tobacco Alliance (SEATCA) Dr Siriwat Tiptaradol dan Pengerusi Lembaga Promosi Kesihatan

Baca Selanjutnya...

ROMPIN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kampung Tekek ke Kampung Air Batang di Pulau Tioman, di sini.

Projek yang dibiayai Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan dilaksana oleh Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) itu mula dibina pada 22 Sept 2015 dan pembinaannya selesai pada 6 Feb lalu.

Najib sebelum itu tiba di pulau berkenaan dengan menaiki helikopter di Lapangan Terbang Kampung Tekek, Pulau Tioman dan disambut Menteri

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan agar Dasar Keselamatan Negara yang digubal dan diluluskan pada 11 Jan lalu selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 disemak sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan pelaksanaan dasar itu akan dipantau melalui pembentukan Jawatankuasa Penyelarasan peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi yang akan dipengerusikan Ketua Pengarah Keselamatan Negara.

Najib

Baca Selanjutnya...

SERDANG - Kerajaan akan mengkaji secara mendalam untuk menerima tuntutan komuniti India Muslim untuk diiktirafkan sebagai Bumiputera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, katanya, soal bagaimana ia dilaksanakan memerlukan kajian lebih mendalam sama ada dari segi pentadbiran atau perwartaan.

"Saya mendengar tuntutan yang dibuat oleh Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) Dhajudeen Shahul Hameed dan saya menerima bahawa India Muslim adalah

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA - Sebuah Kolej Universiti Genovasi (GUC) akan diwujudkan di negara ini, dengan kursus-kursus menjurus kepada pemikiran reka cipta yang akan memberi tumpuan kepada Revolusi Perindustrian Keempat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata penubuhan Kolej Universiti Genovasi (GUC) dengan genovasi yang digabungkan daripada perkataan generasi+inovasi, telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kolej itu akan menjangkau khalayak audiens yang lebih luas

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh digelar sebagai ‘Bapa Sistem Pengangkutan Awam’ kerana hasil kejayaan beliau menggerakkan serta memperbaiki sistem pengangkutan awam di negara kita.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada sebuah akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

"Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer dijangka beri manfaat kepada 150,000 penumpang setiap hari. Ia juga

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan penubuhan suruhanjaya siasatan untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (akta 119), berkuat kuasa mulai 15 Julai 2017. 

 

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO), seorang Pengerusi Petronas dan seorang hakim adalah antara enam tokoh dilantik menganggotai suruhanjaya

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori