13
Rab, Dis
890 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR [KEMASKINI] – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan perasmian Laman Media sempena Pehimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula 5 hingga 9 Disember ini.

Ahmad Zahid, yang juga menjalankan tugas – tugas Timbalan Presiden turut mengadakan lawatan ke beberapa ruangan kerja media tempatan.

"Kita menyediakan tempat atau ruang yang lebih kondusif untuk membuat liputan sempena perayaan kali ke-71 dan gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan dipalu bila-bila masa dari sekarang.

 

"Pada masa sama, saya berharap pemerhati dan pengamal media dapat melakukan liputan harian dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini.

Dianggarkan seramai 1,795 pengamal media daripada 62 agensi terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa akan berkampung kira-kira lima hari bagi memberikan liputan semasa dan menyeluruh mengenai perhimpunan agung tahunan parti keramat orang Melayu ini.

 

Yang turut hadir Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh

Sebelum ini, para petugas media yang membuat liputan PAU 2017 dilaporkan mempunyai ruang kerja

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini merupakan 'ibu segala perhimpunan' bagi memastikan parti keramat Melayu itu berada pada posisi kukuh dalam persekitaran politik kini yang kian mencabar, tegas Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian.

Malah, beliau turut dipetik berkata, perhimpunan kali ini merupakan pentas akhir bagi kepimpinan parti untuk menampilkan kemampuan mereka bagi meraih sokongan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Masih terlalu awal untuk menamakan siapa individu yang akan dipanggil memberi keterangan berhubung kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, ini kerana pihaknya baru saja memulakan siasatan menerusi pasukan khas yang ditubuhkan; diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Amar Singh Ishar Singh sejurus menerima laporan kes itu, pada Khamis lalu.

Ujar beliau

Baca Selanjutnya...

SEREMBAN - Pusat Transformasi Bandar (UTC)  yang ada di seluruh negara ini tidak mampu dilaksanakan  mana-mana negara terutama menghimpun semua agensi dalam satu bumbung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak negara gagal untuk melaksanakan tanggungjawab itu berbanding kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

“Berbanding dengan Kerajaan Malaysia kepentingan rakyat adalah agenda utama, walaupun ia sukar kami (kerajaan) tetap akan melaksanakan,” katanya dalam

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemberi rasuah diberi tumpuan yang sewajarnya dari aspek siasatan dan pendakwaan seperti mana penerima rasuah, dalam usaha membasmi jenayah itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pada masa ini pihak yang berkenaan seolah-olah "terlepas pandang" terhadap pemberi rasuah apabila tidak ramai pelaku kesalahan itu didakwa dan dihukum.

Katanya adalah tidak adil jika tindakan siasatan, dakwaan dan hukuman

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam serta sentiasa menjaga keharmonian dan kesefahaman antara agama yang telah lama dibina di negara ini.

Perdana Menteri yakin bahawa sikap persefahaman dan toleransi yang menjadi amalan selama ini tetap menjadi  tunjang utama kepada kesatuan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Bagi mensyukuri nikmat keharmonian yang dikecapi, beliau mengajak umat Islam untuk mengambil iktibar

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat Jepun telah menyumbang kepada agenda Malaysia dalam menjana pertumbuhan mampan dan inklusif, dan pada masa yang sama mempersiapkan negara ke arah Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Jepun memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Malaysia, sebagai sumber pelaburan asing sejak 1980-an dan pada September tahun ini, ia menjadi pelabur asing kedua terbesar selepas Singapura, dengan pelaburan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori