24
Jum, Nov
955 ARTIKEL BARU

Zambry Dedah Nizar Pernah Lulus Balak Tanpa Rujuk Jawatankuasa

Semasa
Typography

KUALA KANGSAR – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin didakwa pernah melanggar peraturan dengan menandatangani kelulusan balak tanpa merujuk kepada jawatankuasa khas hasil negeri semasa memerintah Perak, dedah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Zambry, pada masa yang sama berkata, malah pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara tersebut.

"Dia (Nizar) semasa jadi MB mengatasi kuasa Jawatankuasa Balak dan dia sain sendiri meluluskan projek balak. Saya kalau hendak meluluskan perkara balak kena biar jawatankuasa balak mesyuarat, kalau mereka mahu meluluskannya baru saya lulus..saya tidak boleh lulus sendiri.

"Saya sebenarnya malas untuk jawab Nizar tetapi memandangkan tohmahan itu perlu dijawab, ia perlu dijawab bimbang ada penduduk yang mempercayainya bulat-bulat," ujarnya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan Nizar dalam kempen mendakwa kerajaan Perak sekarang tidak pandai menjana kewangan sendiri termasuk menjual balak kepada kroni dan sebagainya.

Zambry dalam masa yang sama menyatakan kesedihan calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid mengenai tuduhan Nizar yang beliau calon paksa.

"Dia (Mastura) sedih..Macam mana perasaan kamu?," tanyanya kepada wakil media.

Menteri Besar juga menafikan dakwaan Nizar yang Perak menjadi negeri ketiga termiskin di Malaysia. Hakikatnya, Perak kini menjadi negeri ketujuh daripada segi bilangan miskin tegar dan nombor lapan dari aspek kemiskinan.

Beliau juga menafikan kononnya semasa pemerintahan Pakatan Rakyat, pendapatan negeri meningkat RM50 juta berbanding RM30 juta di bawah BN.

"Kutipan kerajaan BN jauh lebih baik kerana mengutip RM50 hingga RM70 juta setahun dan tidak payah hendak tipu rakyat," katanya sekaligus menafikan dakwaan kerajaan inegatif kepada BN dan lebih dikesali ia dilakukan pada bulan Ramadan.

Zambry juga bersetuju dengan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Nizar bertaubat memandangkan tohmahan yang dilemparkannya kepada pemimpin kerajaan.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.