23
Kha, Nov
918 ARTIKEL BARU

Malaysia-Qatar Setujuh Tubuh HLC - Hishammuddin

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Qatar bersetuju untuk meningkatkan hubungan pertahanan ke tahap lebih strategik melalui penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penubuhan HLC ialah untuk membolehkan lebih tumpuan dibefrikan dan kerangka struktur antara institusi pertahanan di kedua-dua negara.

Hishammuddin berkata Qatar telah menunjukkan minat untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan di Somalia.

"Ini membayangkan hubungan pertahanan mesra yang dikongsi oleh kedua-dua negara dan perpaduan kedua-dua menteri mengenai perkara ini," kata beliau kepada pemberita selepas pemeteraian Surat Hasrat (LOI) dengan Menteri Negara Qatar bagi Pertahanan, T.Y.T. Dr Khalid Mohamed A. Al-Attiyah, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Khalid Mohamed berkata ini merupakan hubungan sejarah antara Malaysia dan Qatar dan hubungan itu melangkaui sebarang hubungan diplomatik yang terjalin.

"Saya dan rakan sejawatan saya (Hishammuddin) menaruh harapan untuk menjalin kerjasama antara kedua-dua negara dalam latihan tentera, teknologi dan lain-lain," kata beliau.

Hishammuddin berkata Surat Hasrat itu antara lain meliputi kerjasama antara kedua-dua negara untuk membangunkan keupayaan pertahanan serta meningkatkan kerjasama dalam pertukaran maklumat perisikan berkaitan usaha memerangi keganasan.

"Kami bimbang mengenai keselamatan antarabangsa dan ancaman kumpulan-kumpulan pengganas yang semakin meningkat terutama Daesh," kata beliau.

 

- BERNAMA

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.