28
Sel, Mac
883 ARTIKEL BARU

Tiada Urus Niaga Senjata Api Dengan Syarikat Korea Utara - Khalid

Semasa
Typography

KULAI - Syarikat Korea Utara, International Golden Services Sdn Bhd tidak pernah berurus niaga senjata api di negara ini.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, syarikat itu juga tidak berjaya memasarkan peralatan telekomunikasi ketenteraan di Malaysia.

“Syarikat ini tidak pernah berurus niaga senjata api di dalam negara jadi tidak benar kalau ada tomahan mereka menjual beli senjata api.

“Tidak ada satu senjata pun mereka jual walaupun mereka cuba memasarkan peralatan telekomunikasi ketenteraan... itu juga tidak berjaya,” kata Khalid kepada pemberita, di sini.

Jelas beliau lagi, nama Glocom bukan sebuah syarikat namun merupakan satu produk peralatan komunikasi ketenteraan dari Korea Utara.

Pada 2005, beberapa warga Korea Utara dan Malaysia membangunkan sebuah syarikat, International Global Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Syarikat itu gagal untuk  memasarkan peralatannya termasuk pernah menawarkan kepada  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia.

 

loading...
BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS