27
Sel, Jun
634 ARTIKEL BARU

6,347 Golongan Asnaf di Pekan Terima Zakat

Semasa
Typography

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima wang zakat daripada 11 agensi korporat untuk disumbangkan kepada 6,347 golongan asnaf dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam Parlimen Pekan yang diwakili beliau.

Selain sumbangan Najib dan keluarga, zakat yang keseluruhannya berjumlah RM2.6 juta itu turut disumbangkan oleh Bank Rakyat, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Sapura Holdings Sdn. Bhd. dan Naza Corporation Holding Sdn. Bhd.

Yang turut menyampaikan zakat pada majlis di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini itu ialah Roadcare (M) Sdn. Bhd., UDA Holdings Berhad, Lembaga Tabung Haji, SME Bank, Wekajaya Sdn. Bhd., Affin Islamic Bank Berhad dan Yayasan Basmi Kemiskinan.

 

Pengagihan sumbangan zakat kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan mereka yang layak tersebut menjadi amalan Perdana Menteri sempena ketibaan Ramadan. - UTUSAN ONLINE