24
Isn, Jul
659 ARTIKEL BARU

Diskaun 50 Peratus Kepada Pengguna MRT, LRT, BRT dan Monorel

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada semua pengguna Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan Monorel bermula esok hingga 31 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena majlis Pelancaran MRT Fasa Dua Laluan Sungai Buloh - Kajang hari ini.?

Beliau berkata, potongan itu adalah bagi memberi penghargaan kepada semua pengguna selain menarik lebih ramai rakyat memanfaatkan kemudahan awam berkenaan.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan tambang percuma bagi MRT jajaran Sungai Buloh – Kajang (SBK) pada hari ini dari jam 4 petang.