23
Sab, Sep
704 ARTIKEL BARU

Harga RM800k Sebuah Ambulans Adalah Fitnah

Semasa
Typography

PEROLEHAN ambulans sebanyak RM 400 juta yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia semalam adalah merujuk kepada jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan sejak tahun 2010 untuk transformasi perkhidmatan ambulans negara.

Menurut pengguna Facebook, Abdul Rahman Abdul Kadir, kerajaan sedang menggantikan ambulans secara besar - besaran sejak tahun 2010 di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kepentingan rakyat.

Ini berikutan terdapat begitu banyak aduan tentang keuzuran ambulans yang sedia ada serta keperluan meningkatkan taraf ambulans sejajar dengan pemodenan sistem kesihatan dan kemajuan negara, malah keuzuran ambulans ini telah beberapa kali mendapat teguran Jabatan Audit dan disyorkan penggantian.

“Sejak 2010 sehingga kini, sebanyak 925 buah ambulans telah dibeli oleh kerajaan dengan nilai hampir RM 389 juta.

“Dan bermula 7 Ogos, kerajaan telah menerima perolehan batch pertama 26 buah ambulans dari 530 buah ambulans termoden lengkap dengan Advanced Cardiac Care Unit, ECG with digital telemetry, sistem keselamatan yang unggul (utk pesakit dan staf), critical care monitor, life support ventilator dll. Ini adalah merupakan aset game changer yang akan mengangkat standard Perkhidmatan Pra Hospital kita ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya menerusi catatan Facebooknya.

Difahamkan, Abdul Rahman yang berkhidmat sebagai doctor itu berkata pembelian 500 biji ambulans kelas tertinggi ini menelan belanja RM 225.2 juta dengan anggaran kos RM 400 ribu dicampur harga sebuah ambulans merupakan nilai munasabah dan berpatutan.

“Sebagai seorang doktor yang berurusan dengan kes – kes kecemasan setiap hari, saya cukup teruja dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memperbaharui aset kami dengan aset tercanggih yang sudah lama dinanti - nantikan.

“Keselamatan staf dan juga pesakit saya lebih terjamin insaAllah dengan aspek keselamatan yang dipertingkatkan. Oleh itu, tuduhan harga RM 800K untuk sebiji ambulans adalah fitnah,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan bahawa dakwaan perolehan ambulans kementerian berkenaan bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali.

Menurut Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, jumlah sebenar perolehan ambulans adalah sebanyak RM225.2 juta.

 

"Perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja di mana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulans spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini,” katanya.