21
Sel, Nov
906 ARTIKEL BARU

Australia Kenakan Tindakan Terhadap Penjawat Awam Kritik Kerajaan

Semasa
Typography

PENJAWAT awam akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya mereka mengirim e-mel peribadi yang mengkritik kerajaan apatah lagi menekan butang like pada status menghentam kerajaan dalam media sosial ; demikian situasi yang berlaku di Australia

Memetik laporan agensi berita Xinhuan semalam, larangan itu terkandung dalam garis panduan media sosial Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Australia yang dikemas kini bagi memastikan kakitangan kerajaan tidak berat sebelah ketika menjalankan tanggungjawab mereka.

Laporan yang turut di petik media tempatan, Kosmo mendakwa tindakan yang sama boleh dikenakan jika mereka gagal mengasingkan diri daripada status negatif tentang kerajaan dalam media sosial.

“Jika anda like sesuatu di platform media sosial, anda dianggap menyokong komen tersebut seperti anda sendiri yang menaipnya.

“Perkongsian status dalam media sosial juga membawa kesan sama.

 

“Tidak berbuat apa-apa tentang komen negatif yang dihantar oleh orang lain dan disiarkan menerusi laman sosial, anda akan dianggap sebagai menyokong perkara itu,” menurut garis panduan itu lagi.