20
Rab, Sep
672 ARTIKEL BARU

Apa Kebaikan Pindaan Akta 164?

Semasa
Typography

PINDAAN Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 telah mencetuskan perdebatan hebat di kalangan rakyat Malaysia ekoran bantahan daripada pelbagai pihak.

Ekoran bantahan tersebut, kerajaan telah bertindak menarik balik cadangan untuk memasukkan seksyen 88A atas alasan seksyen tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya pindaan akta 164 yang baharu telah dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat dan pindaan tersebut dilihat mampu menyelesaikan pertikaian berkaitan pertindihan bidangkuasa antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah.

Jika dilihat situasi sebelum ini, pasangan yang memeluk Islam bertindak memfailkan tuntutan di mahkamah syariah dan pihak bukan Islam pula memfailkan di mahkamah sivil dan akibatnya terdapat dua perintah berbeza dari dua mahkamah.

Dengan pindaan pada seksyen 51 (1), pasangan yang telah memeluk Islam boleh memfailkan petisyen penceraian di mahkamah sivil.

Sebelum ini, pasangan yg telah memeluk Islam TIDAK boleh memfailkan cerai di mahkamah sivil kerana akta 164 hanya terpakai kepada orang bukan Islam

Seandainya pihak satu lagi tidak memfailkan penceraian, perkahwinan mereka masih di anggap sah di bawah Akta 164.

Selain itu, penambahan seksyen 51A mampu menyelesaikan segala pertikaian berkaitan harta yang diperolehi semasa pernikahan apabila salah satu pasangan memeluk Islam.

Pindaan ini dapat mengelakkan pasangan yg memeluk Islam menggunakan alasan pengislamnya untuk tidak membahagikan harta sepanjang perkahwinan mereka.

Bagi menjaga kebajikan anak-anak, pindaan seksyen  76 dan 95 dilihat mampu menyelesaikan segala masalah yang bersangkutan dengannya.

 

Antara yang dapat dilihat, tempoh pemberian nafkah anak dilanjutkan sehingga tamat belajar.