17
Kha, Ogs
845 ARTIKEL BARU

1MDB Bayar AS$360 Juta Kepada IPIC

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini memaklumkan bahawa ia telah membayar AS$360 juta setakat ini berdasarkan kepada pindaan bertarikh 8 Ogos, 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC).

“Baki daripada tanggungjawab pembayaran asal bertarikh 31 Julai, 2017 kepada IPIC kini adalah mengikut tarikh akhir pada 31 Ogos, 2017,” menurut 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB turut mengulangi bahawa kesemua bayaran kepada IPIC adalah daripada hasil program rasionalisasi.