21
Sel, Nov
904 ARTIKEL BARU

Sertai Pemimpin Negara Doa Untuk Malaysia Hari Ini

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR – Hari ini bertempat di Dataran Putra, Presint 1 Putrajaya bakal berlangsungnya Program Doa Untuk Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017.

Program anjuran Jabatan Khal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) itu dijadualkan bermula pada jam 7 petang.

Ia akan menampilkan Datuk Ustaz Badli Shah bin Alauddin dan Habib Syech bin Abdul Qadir Assegaf.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama dengan barisan pimpinan negara yang lain turut dijadualkan hadir pada program ini.

Program tersebut akan turut dimeriahkan dengan persembahan bunga api.

Orang ramai dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi program berkenaan.

Bagi hadirin lelaki digalakkan memakai jubah putih sementara wanita digalakkan berjubah hitam