11
Isn, Dis
908 ARTIKEL BARU

MCA Sedia Bantuan Kecemasan Bagi Peniaga Terjejas Dalam Kebakaran Pasar Seremban

Semasa
Typography

SEREMBAN - Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) memberi bantuan awal RM1,000 kepada setiap peniaga yang premisnya terjejas dalam kebakaran di Pasar Besar Seremban, petang semalam.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, bantuan itu akan disampaikan kepada 327 pemilik premis tingkat satu pasar berkenaan.

"Bantuan ini adalah antara langkah kecemasan yang dilaksanakan oleh MCA bagi membantu mangsa melalui CRSM ketika mereka ditimpa bencana.

"Buat sementara waktu tempat letak kereta akan dijadikan tapak perniagaan sementara, bagi membolehkan mereka untuk berniaga," katanya.

Sin Woon berkata, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) akan menyediakan penjana elekrtik sementara bagi kegunaan peniaga memandangkan arahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), supaya bekalan elektrik ditutup  bagi memudahkan mereka menjalankan siasatan.

 

 

ARHIZA AHMAD