21
Sel, Nov
904 ARTIKEL BARU

Kemangkatan Sultan Kedah, Perak Kibar Bendera Separa Tiang

Semasa
Typography

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya semua bendera di negeri itu dikibar separuh tiang.

Ia sebagai tanda turut bersedih dan dukacita rakyat negeri Perak atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan berkata, baginda menitahkan supaya semua bendera di negeri Perak dikibarkan separa tiang sehingga selesai istiadat pemakaman.

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diberitakan mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.