24
Jum, Nov
956 ARTIKEL BARU

Jenayah Komersil di Negeri Sembilan Meningkat

Semasa
Typography

SEREMBAN – Kegiatan jenayah komersil bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan yang mana kerugian yang dicatakan RM4.33 juta berbanding RM1.77 juta bagi tempoh yang sama di negeri ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, peningkatan ini begitu ketara yang mana Macau scam mencatatkan jumlah kerugian tertinggi RM1.7 juta dengan jumlah 84 kes dalam tempoh Januari-Ogos tahun ini berbanding RM158,736 dengan 22 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

Menurutnya, mereka ini menyamar sebagai pegawai Bank Negara atau pegawai polis dan mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram.

"Sebagai langkah keselamatan mangsa diarahkan untuk memindahkan duit mereka ke satu akaun yang diberikan oleh suspek bagi sementara waktu, dan mereka hanya menyedari ditipu setelah duit tidak dikembalikan.

“Selain itu, kes penipuan pembelian barang menerusi internet, penipuan pinjaman tidak wujud dan penipuan parcel scam juga menunjukkan peningkatan bagi tempoh yang sama,” katanya.

Noor Azam berkata, pembelian barang melalui internet mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM1.15 juta dengan 286 kes tahun ini berbanding RM272,975  dan 109 kes.

Bagi kes penipuan pinjaman yang tidak wujud, jumlah kerugian yang dicatatkan ialah sebanyak RM698,964 dengan 103 kes pada tahun ini berbanding tahun lepas hanya RM211,760 dan 34 kes.

Beliau berkata, penipuan parcel scam menunjukkan peningkatan bilangan kes iaitu sebanyak 67 kes pada tahun ini berbanding 60 kes pada tahun lepas namun, dan jumlah kerugian yang dilaporkan kurang dari RM1.12 juta pada tahun lepas susut kepada RM785,731 pada tahun ini.

“Saya ingin menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya serta terpengaruh dengan keuntungan dan tawaran yang tidak masuk akal seperti barang berjenama yang dijual dengan harga terlalu murah,” katanya. 

 

Arhiza Ahmad