25
Sab, Nov
948 ARTIKEL BARU

Litar Pintas, Ubat Nyamuk Dipercayai Punca Kebakaran Tahfiz

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Litar pintas dan gegelung ubat nyamuk dipercayai menjadi punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Soiman Jahid, berkata pemeriksaan awal mendapati pusat tahfiz itu belum mendapat kelulusan pihak berkuasa.

"Kemungkinan punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas dan gegelung ubat nyamuk, namun kita akan menjalankan siasatan terperinci.

"Pengurusan sekolah ada mengemukakan pelan bangunan baru-baru ini, tetapi belum mendapat kelulusan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

 

Beliau berkata, pusat tahfiz itu tidak mempunyai peralatan memadam kebakaran manakala pihak pengurusan pusat tahfiz terbabit akan dipanggil bagi memberi kenyataan.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.