21
Sel, Nov
906 ARTIKEL BARU

SPRM Umum 10 Kementerian Paling Bermasalah November

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia )SPRM) akan mula menyenaraikan 10 kementerian teratas yang bermasalah dan lima teratas bagi kategori yang paling bersih.

Menurut Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad ranking tersebut dibuat berdasarkan isu rasuah serta salah guna kuasa yang telah siap dan mendapat pengesahan daripada pakar-pakar terlibat dan akan diumumkan kepada orang ramai pada November atau Disember ini.

“Ini dibuat supaya setiap kementerian ada ruang untuk berusaha membaiki kedudukan masing-masing apabila mereka melihat kedudukan mereka dalam ranking itu.

“Ranking itu nanti ada senarai 10 kementerian teratas yang bermasalah dan lima teratas bagi kategori yang paling bersih,” katanya.

Tambah beliau, ranking itu akan dikeluarkan setiap tahun dan akan diperluas merangkumi semua jabatan dan agensi kerajaan di negara ini.

Dzulkifli bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya pemberita mengenai kementerian paling bermasalah, dan berkata hanya akan memaklumkan perkara itu pada majlis pengumuman rasmi ranking tersebut.

Menurutnya ranking seumpama itu bukanlah perkara baharu kerana ia telah diamalkan di luar negara antaranya di Korea Selatan.

Mengenai IBR, katanya setakat ini sebanyak 620 kementerian, agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, yayasan dan institut pendidikan tinggi telah melaksanakan ikrar itu.

“Ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak untuk memastikan organisasi mereka bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.