24
Jum, Nov
946 ARTIKEL BARU

Syarikat Ternama China, Hong Kong Dipelawa Sertai DFTZ - Tiong Lai

Semasa
Typography

HONG KONG - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa  walaupun Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) telah menjalin kerjasama dengan Alibaba Group (China) Company Limited, namun perkara itu tidak terhad kepada syarikat berkenaan sahaja.?

Malah, syarikat-syarikat ternama China dan Hong Kong dipelawa mengambil bahagian dalam pembangunan yang baru dilancarkan dan akan menjadi hab baharu ekonomi digital di Kuala Lumpur International Airport Aeropolis itu.

Jelas Tiong Lai, kerajaan mengalu-alukan pembabitan syarikat-syarikat asing lain dengan DFTZ disasarkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menyediakan kemudahan e-dagang.?

“Sekali lagi, kita boleh melihat contoh China sebagai peneraju pemain e-dagang. Di pentas antarabangsa, kaedah cashless di China dilihat lebih maju berbanding negara lain.?

“Sebagai pasaran e-dagang terbesar dunia, China telah meletakkannya sebagai penanda aras pemain utama inovasi dan pembangunan,”katanya dalam ucapan sempena Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) 2017 seperti dipetik Utusan Online.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet Ngor.?

 

WCES berlangsung di Island Shangri-La Hotel Hong Kong dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka menyampaikan ucaptama perasmian WCES 2017 malam ini.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.