13
Rab, Dis
893 ARTIKEL BARU

Jemaah Menteri Setuju Penubuhan Jawatankuasa Khas Jenayah Siber - Salleh

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Pada masa ini, tidak ada satu agensi khusus yang menerajui penguatkuasaan berhubung isu jenayah siber. 

Sehubungan itu menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, wujud keperluan supaya tindakan-tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah siber seperti siasatan dan pendakwaan diselaraskan di bawah satu Jawatankuasa yang boleh melaporkan secara terus kepada Jemaah Menteri berkaitan isu-isu tersebut. 

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima aduan daripada orang awam mengenai jenayah siber seperti gangguan buli, gangguan seksual, ancaman, tindakan menakut-nakutkan serta penyalahgunaan maklumat, butiran atau gambar peribadi bagi tujuan penganiayaan dan untuk memalukan atau mengaibkan individu tertentu. 

“Dari Januari hingga September 2017, SKMM telah menerima sebanyak 1,792 aduan. Dalam tempoh yang sama pada tahun 2016, sebanyak 804 aduan awam diterima.

“Ancaman kepada rangkaian di mana SKMM telah menerima aduan sebanyak 2,047 dari Januari sehingga Ogos 2017,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, penubuhan Jawatankuasa Khas Jenayah Siber telah dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 November 2017 dengan dipengerusikan olehnya.

Sementara Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada :

i. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, 

ii. Kementerian Dalam Negeri

iii. Jabatan Peguam Negara 

iv. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),

v. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

vi. Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)

vii. Majlis Keselamatan Negara (MKN) 

viii. Polis Diraja Malaysia (PDRM)

ix. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Ahli-ahli tambahan 

I,, Kementerian Perdagngan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 

ii, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

iii, Bank Negara Malaysia (BNM)

iv, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Selain itu, mesyuarat turut meluluskan fungsi-fungsi bagi Jawatankuasa Khas Jenayah Siber :

I, Menjadi Focal Point kepada Jemaah Menteri dalam urusan berkaitan jenayah siber; 

Ii, Memberikan khidmat nasihat berkaitan dasar dan strategi menangani dan membanteras jenayah siber kepada Jemaah Menteri; 

Iii,Memastikan perkongsian maklumat yang efisyen di antara agensi-agensi penguatkuasa; 

Iv, Mengoptimumkan pelbagai sumber terutamanya kepakaran di antara agensi-agensi penguatkuasaan; 

V, Mengkaji keperluan menilai semula undang-undang sedia ada bagi menentukan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan sesuai dengan perubahan teknologi maklumat; dan 

Vi, Menyediakan laporan jawatankuasa untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet. 

“Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial akan digabungkan dengan Jawatankuasa Khas Jenayah Siber memandangkan kedua-dua Jawatankuasa ini mempunyai tugas dan tanggungjawab yang hampir sama.

“Mesyuarat juga bersetuju pembentukan satu Jawtankuasa Bertindak yang diterajui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA),” katanya.