24
Ahd, Jun
64 ARTIKEL BARU

Kemudahan Rakyat Bawah Satu Bumbung Bukti Kerajaan Prihatin - Najib

Semasa
Typography

SEREMBAN - Pusat Transformasi Bandar (UTC)  yang ada di seluruh negara ini tidak mampu dilaksanakan  mana-mana negara terutama menghimpun semua agensi dalam satu bumbung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak negara gagal untuk melaksanakan tanggungjawab itu berbanding kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

“Berbanding dengan Kerajaan Malaysia kepentingan rakyat adalah agenda utama, walaupun ia sukar kami (kerajaan) tetap akan melaksanakan,” katanya dalam ucapan perasmian UTC pertama di Negeri Sembilan bertempat di Plaza Angsana, Ampangan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah dan Speaker Dewan Undangan Datuk Awaludin Said serta penduduk sekitar.

UTC yang ke-20 di negara ini terletak di Jalan Seremban-Kuala Pilah beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari. Bangunan tiga tingkat itu menempatkan 18 agensi kerajaan dan swasta

Pusat ini akan memberikan kemudahan dan manfaat kepada rakyat di negeri ini terutama  di Seremban, Ampangan dan kawasan sekitar termasuk daerah lain.

 

Ini adalah projek Kerajaan Persekutuan yang mana sebahagian daripada pelan transformasi negara (UTP) bagi kemudahan bersama.