14
Kha, Dis
882 ARTIKEL BARU

#PAU2017 : Zahid Rasmi Laman Media

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR [KEMASKINI] – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan perasmian Laman Media sempena Pehimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula 5 hingga 9 Disember ini.

Ahmad Zahid, yang juga menjalankan tugas – tugas Timbalan Presiden turut mengadakan lawatan ke beberapa ruangan kerja media tempatan.

"Kita menyediakan tempat atau ruang yang lebih kondusif untuk membuat liputan sempena perayaan kali ke-71 dan gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan dipalu bila-bila masa dari sekarang.

 

"Pada masa sama, saya berharap pemerhati dan pengamal media dapat melakukan liputan harian dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini.

Dianggarkan seramai 1,795 pengamal media daripada 62 agensi terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa akan berkampung kira-kira lima hari bagi memberikan liputan semasa dan menyeluruh mengenai perhimpunan agung tahunan parti keramat orang Melayu ini.

 

Yang turut hadir Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh

Sebelum ini, para petugas media yang membuat liputan PAU 2017 dilaporkan mempunyai ruang kerja yang lebih selesa dan luas bagi memberikan liputan terbaik perhimpunan agung tahunan parti itu.

Ab Rauf Yusoh berkata Laman Media bagi liputan perhimpunan ini beroperasi di Dewan Tun Abdul Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sekali gus menempatkan semua organisasi media cetak dan elektronik negara serta ruang bekerja kondusif portal berita dan penulis blog berdaftar.