21
Ahd, Jan
700 ARTIKEL BARU

Perkhidmatan Awam Perlu Tawarkan Perkhidmatan Bukan Menyediakan Perkhidmatan – Tok Mat

Semasa
Typography

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan yang bertemakan memakmurkan negeri mensejahterakan rakyat mahukan budaya perkhidmatan awam ditukarkan daripada menyediakan perkhidmatan kepada menawarkan perkhidmatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi penjawat awam  mereka perlu proaktif de­ngan memperbanyakkan program bersama masyarakat agar perkhidmatan dan bantuan kerajaan dapat disalurkan kepada golongan sasar dengan lebih cepat dan berkesan.

“Penjawat awam perlu menjadi ejen menjayakan dasar-dasar kerajaan dan bukannya menjadi kakitangan yang melaksanakan tugas sambil lewa seperti  'melepaskan batuk di tangga'.

“Sebaik mana dasar yang diperkenalkan jika gagal dilaksanakan oleh penjawat awam ia tidak memberi sebarang erti kepada rakyat, dan untuk menjayakan dasar berkenaan ia membabitkan semua kakitangan dari pelbagai sektor,” katanya.

Mohamad berkata, penjawat awam harus turun mendengar keluhan rakyat dan bukan hanya duduk di pejabat menanti kunjungan daripada masyarakat, ini merupakan budaya koporat yang ditanam dalam pentadbiran kerajaan negeri, kini ia membuahkan hasil.

Selain itu katanya, Negeri Sembilan akan memperolehi pendatapan yang tinggi memandangkan beberapa projek mega akan dilaksanakan antaranya Malaysia Vision Velly (MVV).

“Pembinaan daripada MVV akan menyediakan pelbagai  pembangunan antaranya perumahan, ekonomoi, peluang pekerjaan dan bermacam lagi, ini adalah tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat menerima hasil dari pembangunan negara.

“Malah semenjak saya menjadi Menteri Besar cukai tanah dan cukai pintu di negeri ini tidak pernah dinaikan dan ia akan kekal sebegitu, walaupun kos operasi meningkat setiap tahun.

“Banyak hasil boleh diperolehi. Kenapa perlu untuk menaikan cukai tanah dan pintu, malah air laut untuk menyejukan sebuah janakuasa di Port Dickson saya jual dan kerajaan negeri memperolehi pendapatan RM15 juta setahun daripada penjualan itu,” katanya.