14
Jum, Dis
15 ARTIKEL BARU

Tampar Polis, Farid Kamil Ditahan

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan kerana dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Utusan Online melaporkan, menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Ujian air kencing sedang dijalankan bagi menentukan sama ada dia di bawah pengaruh dadah,” ujar sumber tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.