20
Sel, Feb
724 ARTIKEL BARU

Pulang Hak Milik Tanah Felda Bukan Sandiwara - Shahrir

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR – Pemulangan hak milik tanah bernilai RM1 bilion di Jalan Semarak, Kuala Lumpur oleh syarikat swasta terlibat, bukan sandiwara pilihanraya, tegas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. 

Sebaliknya ujar beliau, pihaknya sejak awal lagi mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melindungi dan mengambil semula harta Felda itu.

“Sejak dapati tanah milik Felda dipindah kepada pemaju, kita telah usaha letakkan kaveat bagi melindungi tanah Felda. 

“Kita telah lakukan pelbagai usaha termasuk berbincang dengan lembaga pengarah Felda, kemuka cadangan kepada perdana menteri, berjumpa peguam negara dan membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kesatuan Eropah (EU) membantah cadangan mengenakan sekatan ke atas minyak sawit Malaysia.

Semalam, Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) yang mempunyai kaitan dengan PAS mendakwa tindakan Syrnergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) mengembalikan tanah itu tanpa sebarang kos ialah sandiwara Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Felda dan SPSB semalam menandatangani satu perjanjian persefahaman untuk mengembalikan hak milik semua 16 lot tanah di Jalan Semarak yang dipindahkan dalam 4 transaksi jual beli pada Disember 2015 dan November 2016 kepada Felda tanpa sebarang kos.