14
Jum, Dis
15 ARTIKEL BARU

Pengurangan Tol Linkedua Kurang Kesesakan, Tingkat Pelancong - Najib

Semasa
Typography

MUAR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengurangan kadar tol dan kadar levi kenderaan komersial di Lebuh Raya Linkedua (Linkedua) dilihat akan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor selain meningkatkan kedatangan pelancong dari Singapura.

Perdana Menteri Malaysia dan Singapura telah bersetuju dengan langkah pengurangan itu yang dibincangkan antara beliau dan dengan rakan sejawatannya Singapura, Lee Hsien Loong pada Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura baru-baru ini.

"Sebuah jawatankuasa tertinggi di bawah Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) akan ditubuhkan bagi lihat keseluruhan operasi Tambak Johor dan akan berhubung dengan rakan sejawatannya di Singapura bagi cari langkah tambahan (meningkat tahap operasi) Tambak Johor.

"Semua ini dilakukan untuk dua tujuan iaitu menbantu rakyat kurangkan kesesakan dan tingkat kedatangan pelancong," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Negeri Johor di Bukit Mor, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 

-- BERNAMA

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.