22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018 Fokus Penunggang Motosikal – Aziz

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Kempen Keselamatan Jalan Raya Kerajaan 2018 akan memfokuskan kepada aspek pemanduan selamat penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan golongan tersebut, ujar Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi.

Menurut beliau, pemfokusan itu dilakukan selepas 64.51 peratus daripada 6,740 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lepas melibatkan penunggang motosikal.

“Jadi pada tahun ini, kita berharap kempen yang dilakukan serta kerjasama daripada pihak penguatkuasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, hari ini.