22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Akta Baharu Mekanisme Terbaik Tangani Berita Palsu - Dira Abu Zahar

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Penggubalan akta untuk mengekang berita palsu merupakan satu mekanisme yang baik dan kena pada waktunya untuk dilaksanakan ujar Exco Puteri UMNO, Khaidhirah Abu Zahar.

Katanya, ia memandangkan aktiviti-aktiviti penyebaran berita palsu ketika ini agak sukar untuk dikawal sekiranya tidak diperhalusi dengan undang-undang terperinci.

“Yang penting adalah undang-undang yang ingin diwujudkan itu juga perlu diperincikan dengan baik dan gerak kerja yang baik serta ada juga tindak balas yang baik daripada semua pihak untuk memastikan akta itu berfungsi.

“Jadi ianya merupakan satu mekanisme bagi memastikan negara kita terus maju dan rakyatnya dapat hidup dalam keadaan harmoni, aman dan tenang,” kata pelakon dan pengacara itu ketika ditemui KLXPRESS, hari ini.

Pada 30 Januari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu di negara ini.

Azalina berkata, kerajaan berharap undang-undang baharu itu boleh dibawa ke Parlimen pada sesi yang akan datang.