22
Kha, Feb
740 ARTIKEL BARU

Ahli Parlimen Paya Besar Meninggal Dunia

Semasa
Typography

KUANTAN - Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, meninggal dunia di Taman Melawati, Kuala Lumpur kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Abangnya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, berkata adiknya berusia 69 tahun itu terjatuh di bilik air, dipercayai mengalami serangan jantung.

"Urusan pengebumian termasuk lokasi disemadikan masih dalam perbincangan keluarga. Saya sedang berurusan dengan keluarga di Kuala Lumpur," katanya di sini, sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Abdul Manan yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, menang dengan majoriti 7,715 undi.

 

Beliau menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Murnie Hidayah Anuar dan calon Bebas, Zahari Mamat.