20
Isn, Ogs
62 ARTIKEL BARU

‘Pink Angel’ Tangani Jenayah Kanak – Kanak

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bekerjasama dengan Polis Kuala Lumpur mewujudkan pasukan 'Pink Angel' bagi mendekati masyarakat setempat dalam usaha menangani jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pasukan itu yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi akan membantu pihak polis dalam mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat.

"Mereka akan mendekati masyarakat setempat untuk bertanya khabar dan juga memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa supaya menjaga sebaik-baiknya serta mengawasi setiap langkah anak mereka agar tidak didekati penjenayah yang ingin mengambil kesempatan.

“Kita hendak mendekati masyarakat dengan cara sebegini sesuai dengan cogan kata Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya kepada Bernama ketika merasmikan penubuhan pasukan Pink Angel di Bukit Kiara malam tadi.

Beliau berkata, pasukan Pink Angel akan mengadakan bengkel kesedaran serta forum kepada remaja yang berpotensi menjadi sasaran jenayah rogol dan pemerdagangan.

 

"Seminar dan forum itu adalah khusus untuk memberi fokus kepada kanak-kanak agar  menjauhi diri mereka dan menutup peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah," katanya. – BERNAMA