20
Kha, Sep
110 ARTIKEL BARU

Bangunan KWSP Petaling Jaya Terbakar

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - [KEMASKINI] Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing , Petaling Jaya dilaporkan terbakar dan dipercayai berpunca dari percikan api daripada kerja penyelenggaraan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid, api merebak dengan pantas kerana pelapisan dinding yang digunakan bangunan itu bersifat mudah terbakar.

“Kebakaran bermula dari tingkat satu dan hampir keseluruhan bahagian luar bangunan KWSP musnah.

 

“Tambahan pula lagi dengan faktor angin yang kuat, ia mempercepatkan proses kebakaran tersebut,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di perkarangan bangunan KWSP, di sini hari ini.

Terdahulu, bangunan KWSP berkenaan dilaporkan terbakar kira - kira jam 12.00 tengah hari tadi.