22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Pelakon ‘Ali Setan’ Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Pelakon popular  era tahun 1980-an,  Azmil Mustapha meninggal dunia kira-kira pukul  12.40 tengah hari pada Rabu.

Memetik laporan MStar Online, pelakon yang namanya cukup popular menerusi filem Ali Setan itu meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun.

Berita itu disahkan oleh adiknya Aziph Mustapha.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dekat sini pada Rabu untuk dikebumikan.

"Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan," katanya ringkas.

Pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas.

Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.

Allahyarham pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki empat orang anak hasil perkahwinan itu.