19
Rab, Dis
7 ARTIKEL BARU

PM Ucap Tahniah Pelumba Negara

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang muncul sebagai pelumba Malaysia pertama bersaing dalam Kejuaraan MotoGP Dunia musim ini.

"Tahniah Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia pertama menyertai MotoGP musim penuh," kata Najib menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau, malam ini.

Hafizh Syahrin, 23, pelumba yang diberi jolokan 'Pescao 55' mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama bakal bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 tahun ini.

Pelumba yang berasal dari Selangor itu akan berganding dengan bekas juara dunia Moto2 2016, Johann Zarco, sebagai pelumba kedua menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas faktor kesihatan.

 

 

 

BERNAMA

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.