19
Rab, Dis
7 ARTIKEL BARU

Kerajaan Akan Pastikan Kewujudan Proton – PM

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan kewujudan Proton, menggunakan semua tindakan yang diperlukan, dalam pasaran yang sangat kompetitif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Yang mana terpaksa kita selamatkan, kita akan selamatkan. Proton terlalu besar untuk gagal, katanya,” katanya.

Proton mempunyai kira-kira 10,000 pekerja, dan dilaporkan sudah membangunkan kira-kira 400 vendor dan subvendor, selain lebih 350 premis jualan dan servis, dengan sekurang-kurangnya 50,000 pekerja mereka sendiri.

Proton kini mengusai 13 peratus pasaran.

“Kami akan pastikan kewujudkan Proton, namun kami akan menstrukturkannya semula supaya lebih kompetitif,” katanya pada program Bajet 2018 bersama Rakyat, di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mengkaji semula beberapa keputusan ke atas jalan-jalan bertol yang dibuat sebelum ini.

 “Saya akan mengkaji semula beberapa keputusan sebelum ini, yang saya lihat tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Saya akan lakukannya.

“Kami sudah mengkaji semula IPP, penswastaan yang tidak popular, urus niaga yang saya lihat menguntungkan pihak tertentu. Tol...kalau ada baki lagi saya akan semak balik.”

Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan menjaga kebajikan 30 juta penduduknya.

 

“Dan akan terus melindungi anda,” katanya. - BERNAMA