21
Isn, Mei
933 ARTIKEL BARU

Kerajaan Komited Teruskan Pencarian MH370 – Najib

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Kerajaan tetap komited untuk terus mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dan benar-benar ingin mengetahui nasib para penumpang dan krew yang berada di dalamnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka yang berada dalam pesawat itu tetap berada dalam doa dan di hati seluruh rakyat Malaysia.

Malah, bagi menghormati mereka, kata Najib, kerajaan komited mendesak komuniti penerbangan global supaya mengambil pendekatan bersesuaian bagi menjadikan laluan udara lebih selamat selain memastikan kejadian yang menimpa MH370 tidak akan berulang.

“Empat tahun sudah berlalu sejak tragedi kehilangan MH370, tetapi para penumpang dan krew yang berada dalam pesawat itu tetap dalam doa dan di hati kita,” katanya menerusi status Facebook miliknya di sini hari ini.

Dalam pada itu, media semalam melaporkan, Laporan sementara (interim) tahun keempat bagi perkembangan pencarian pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 akan dikeluarkan kepada umum esok.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan itu akan diumumkan Ketua Penyiasatan antarabangsa MH370, Datuk Kok Soo Chon pada jam 3 petang menerusi siaran langsung di saluran TV1 (RTM).

 

Pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 298 penumpang dan siasatan mendapati pesawat itu berakhir di dasar Lautan Hindi.