18
Sab, Ogs
62 ARTIKEL BARU

Pengiktirafan IMF Bukti Dasar Ekonomi Negara Berkesan – Najib

Semasa
Typography

KUALA LUMPUR - Pengiktirafan terkini daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sekali lagi membuktikan bahawa dasar ekonomi negara adalah berkesan dan akan terus memacu kita ke arah kejayaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Laporan Tabung Kewangan Antarabangsa sekali lagi letakkan Malaysia di landasan tepat untuk capai status negara maju berpendapatan tinggi, dan memuji daya tahan dan prestasi kukuh ekonomi kita."

"Dasar ekonomi kita berkesan dan akan terus memacu kita kepada kejayaan!," kata Najib dalam catatannya di laman twitter beliau.

IMF memuji prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan yang disokong oleh dasar monetari akomodatif serta pengukuhan fiskal secara beransur-ansur.

"Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan dan terus mencatatkan prestasi baik meskipun kejutan luaran manakala pengukuhan fiskal berjalan lancar, Kemajuan dicatatkan ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan meningkatkan inklusi," kata IMF.

 

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun lepas. -- BERNAMA