18
Sab, Ogs
62 ARTIKEL BARU

Kerajaan Negeri Sembilan Bekal Air Bagi Rakyat Selangor

Semasa
Typography

SEREMBAN – Demi kesejahteraan rakyat maka Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil langkah dengan menghantar empat lori tangki air terawat bagi beberapa lokasi di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menghantar bekalan itu dengan lori tangki berkapasiti 5,678 liter ke negeri berkenaan sejak dua hari lalu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Sembilan cuba membantu semampu yang mungkin dan empat lori itu akan berulang-alik sehingga tiga kali sehari.

“Apa yang boleh kami bantu kami akan bantu. Kita juga tumpang dukacita dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk Selangor dan berharap bekalan air di negeri berkenaan akan pulih seperti biasa secepat mungkin,” katanya.

Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air sejak beberapa hari lalu dan dijangka berpanjangan selepas Sistem Mampatan Udara di LRA SSP3, Selangor pecah, Selasa lalu. Antara kawasan terjejas ialah Kuala Lumpur, Peta­ling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.